Selasa, 16 Oktober 2007

Insan Zaman Kini

Wahai insan
Apakah kerana kita
Leka dan lupa
Seringkali bila pena
Terlepas dari genggaman tangan
Ucapan "Opps" mendahului "Allah"
Tatkala peti perut yang berkeroncong lapar sudah diisi"HMM SEDAPNYA"
Mengatasi kalimah "ALHAMDULILLAH"
Apabila diri terpegun oleh keayuan gadis jelita
Kalimah "SUBHANALLAH" tertutup
Oleh "CUNNYA AWEK TU"
Dikala hati gembira dilamun cinta
Lagu "JESNITA"
Bermain di bibir mulut
Lupakah ia pada Allah yang Maha Esa
Ada ketikanya berita kematian mengunjungi"KASIHANNYA" terucap juga
Kerana kita lupa pada"INNALILLAHIWAINAILAHIRAJIUN"
Kadang kala kita lupa kekadang kita sengaja
Mungkin kerana kita terpaksa
Dan mungkin kerana suka
Namun wahai insan
Walaupun kita lupa, suka atau terbiasa
Berhati-hati dan berjaga-jagalah
Agar bila tiba waktunyaDimana "IZRAIL" tiba membawa derita
Ucapan "LAILAHAILLALLAH"
Tetap menjadi juara mengatasi segalanya
Ajal dan maut itu akan tiba jua.

Tiada ulasan: