Khamis, 18 Oktober 2007

Anime Naruto

Aksi yang hebat, kartun yang menarik dan jalan cerita yang gempak menjadikan anime naruto kini popular di kalangan kanak-kanak & remaja (termasuk aku). Buktinya adik-adikku, kenalanku dan rakan-rakan kolejku telah menunjukkan rasa ‘ghairah’ mereka yang teramat terhadap anime ni.

Pada mulanya, ku sangkakan anime ini membosankan tetapi ternyata tidak. Setelah termenonton episode pertama anime ini, hatiku terus terpaut padanya. Fall in love ma..Dari situ, bermulanya episode ke-2 anime naruto dan episode seterusnya dalam hidup aku.

Jepun Raja Anime

Hah! Jepun memang raja anime. Aku rasa semua orang setuju. Bagi yang tidak, itulah hakikatnya. Aku respect gila dengan orang Jepun ni sebab kebanyakkan anime yang hebat dari aspek aksi mahupun jalan cerita yang menarik lahirnya di Jepun. Otak orang Jepun yang membikin anime-anime ni memang bergeliga.

Contoh anime/kartun dari Jepun yang famous selain dari anime naruto ialah Dragon Ball (sudah lama diterbitkan), Inuyasha, Bleach dan pelbagai lagi. Gamers di Jepun juga telah banyak mengeluarkan game berkaitan dengan anime-anime hebat ni. Jadi jangan lepaskan peluang anda unuk mencuba games tersebut. Memang menarik! Hehe..

p/s: Entri ni memang haram mengarut. Al maklumlah, masih dalam mood berhari raya.

Tiada ulasan: