Selasa, 9 Oktober 2007

Cara Mengurat Si Manager

Hah! Inilah yang berlaku semasa aku dan rakan-rakanku keluar untuk berbuka puasa di salah sebuah cawangan pizza di ibu kota. Rata-rata dikalangan kami telah sampai jam 6.30 petang. Ada juga yang sampai lepas waktu berbuka. Aku yang ke-3 last sampai. Jangan tanya jam berapa kerana anda tidak akan dapat jawapannya. Hehe…

Waktu aku sampai, segala jenis makanan telah mereka order. Yang manis, yang panjang, yang sedap-sedap dan yang comel jadi pilihan mereka. Aku tidak kisah soal makanan, janji halal. Yang paling best aku makan malam tu adalah ‘benda’ yang berbentuk segi tiga, saiznya agak besar dan ianya disertai dengan aiskrim. Aku tidak tahu namanya.

Setelah selesai kami berbuka, salah seorang rakanku telah meminta bil. Dengan sengajanya, datanglah seorang awek berwajah comel untuk menyerahkan bil tersebut. Kemudian, awek berwajah comel tadi berbicara dengan salah seorang rakanku. Ikuti perbualan mereka.

Si Comel: Awak.

Rakanku : Ya saya.

Si Comel: Manager saya mahu berkenalan dengan awak. Sudi? (sambil menyerahkan sekeping kertas yang mempunyai no.fon manager tersebut).

Rakanku : Mana dia?
Si Comel: Ada kat bawah.

Rakanku : Manager tu handsome tak?

Si Comel: Nanti call la nombor yang saya bagi tu. (tanpa jawapan kepada soalan tadi, lalu beredar pergi).

Ketika kami mahu pulang, kami cuba mengintai-intai si manager. Malangnya, harapan kami untuk melihat si manager hampa kerana beliau telah menghilangkan diri. (mungkin malu kot). Tapi yang penting, aku pulang dengan gembira sambil menyakat rakanku yang hampir-hampir jadi girlfriend seorang manager. Hehe..

-TAMAT-
**Soalan 1**: Apa pendapat saudara/ saudari tentang manager tersebut?