Khamis, 18 Oktober 2007

Final Exam: Bersediakah aku?

Arghh! Final exam bakal menjelang tiba. Kurang 2 bulan sahaja lagi, aku akan menghadapi peperiksaan tersebut tetapi masalahnya, bersediakah aku menghadapi final exam tersebut? Masa amat mencemburui aku, pejam celik pejam celik! Exam sudah hampir tiba.

Lulus bukan senang tetapi tidak mustahil

Emm..semester ni hanya 3 papers sahaja yang akan aku hadapi apabila final exam muncul awal disember ni. Yang susah bagi aku ni sebabnya aku mengambil professional course. Tidak wujud istilah pointer@ CGPA dalam professional course. Yang wujud hanyalah pass@ fail. Tidak kusangka sebenarnya bahawa course yang aku ambil ni sukar untukku bawa tetapi tidak mengapalah.

Anyway, aku akan cuba buat yang tebaik. Harap-harap masih sempat untukku catch up semula segala ilmu yang tertinggal (terponteng kelas). Kepada rakan-rakan semua, doakan kesejahteraan aku. Semoga aku bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani ketika peperiksaan tiba.

Tiada ulasan: