Selasa, 2 Oktober 2007

Khasiat Kurma, Kismis dan Madu

Takhrij hadis berkenaan dengan Khasiat Kurma,Kismis dan Madu

Diharap takhrij hadis ini dapat memberi manfaat pada kita,dan saya memohon lagi sekali kepada semua agar tidak terlalu bermudah-mudah dalam membawakan hadis.Berdisplinlah dan sentiasalah ingat akan amaran Nabi Muhammad SAW berkenaan sesiapa yang berdusta atasnya akan memasuki neraka.Saya tidak mahu ulas lagi perkara tersebut,kerana saya sudah banyak kali ingatkan perkara tersebut.Untuk membaca lagi artikel saya berkenaan dengan hadis palsu silalah ke blog saya di :

http://www.yussamir.com

Takhrij hadis ini telah dilakukan oleh sahabat yang bernama Abu Umair.Moga Allah membalas jasanya dalam menjaga keaslian hadis-hadis Nabi.

Tulisan yang berwarna merah adalah takhrij hadis,yang warna hitam adalah hadis yang diforwardkan di email.Sekian…

Takhrij hadis berkenaan dengan email kurma,madu dan kismis:

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang
sehat".

Terdapat hadis yg lafaznya ialah: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan".
HR Muslim (no: 2046).


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Hadis ini tidak terdapat dalam kitab-kitab hadis utama. Dihukum PALSU oleh;

-Ibn Jauzi dalam Maudhuaat 3/27

-Ibn Qayyim dalam al-Manar al-Munif m/s 25

-Albani dalam Silsilah Dhaifah 1/407

-rujuk juga:
Kasyful Khafa' m/s 134
Talkhis Maudhuaat al-Zahabiy m/s 256

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Sebahagian hadis ini iaitu lafaz: "Tamar Ajwah adalah antara buahan syurga". HR Ahmad (no: 22938), dan kata al-Haitami dalam Majmak 5/143: "Perawi2nya adalah perawi2 sahih". Kata Albani dalam Silsilah sahihah 2/545: "Sandanya semua perawi2 thiqah dan perawi 6 kitab sunan, cuma terdapat satu kecacatan yg sangat halus".

Diriwayatkan juga oleh Nasai dalam Sunan Kubro (no: 6718), dengan lafaz: "ajwah daripada syurga, dan ia ubat racun".


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu
dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".


Hadis di atas KECUALI LAFAZ: "Dan tidak diganggu setan", adalah hadis sahih riwayat Bukhari (no: 5130) dan Muslim (no: 2047).

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing
yang ada di perutnya akan mati".

Setakat ini, kami tidak menemui lafaz ini drpd Jaafar. Cuma ada beberapa athar yg hampir memberi makna yg sama, antaranya;
hadis ibn Abbas "Makanlah tamar di atas air liur, sesungguhnya ia membunuh cacing".

Dihukum PALSU, lihat:

-Al-Maudhuaat 3/25

-Talkhis Maudhuaat m/s 256

-Silsilah dhaifah 1/403

Dan athar Ali r.a. katanya: "Sesiapa makan setiap hari 7 tamar Ajwah, ia akan membunuh segala penyakit dalam perutnya".
Disebut di dalam Kanzul Ummal 10/86, katanya: Ada perawi majhul dan perawi matruk
.

2)Kismis

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji
kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada
jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Hadis Ali r.a. ini, tiada disebut dalam kitab2 hadis utama. Disebut dalam Kanzul Ummal 10/86, dan katanya: Ia riwayat Abu Nuaim, ada perawi matruk dan majhul.
Di dalam Kasyful Khafa' 2/116: "Tanda2 kepalsuan hadis ini jelas zahir, maka hendaklah dirujuk balik".


3)Madu

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu
setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Ada satu hadis yg hampir sama makna dengan hadis di atas, iaitu: "Sesiapa minum madu tiga kali setiap bulan, di tidak akan ditimpa dengan bala2 yg besar".
Diriwayatkan dalam Mukjam Ausath (no: 408), dan kata Ibn Jauzi dalam al-Maudhuaat 3/215: "Hadis ini tidak sahih". Begitu juga dihukum DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (2/183).

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan
berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat
dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi".

Madu sebagai ubat, disebut dalam Quran (Al-Nahl ayat 69) dan sabit dalam beberapa hadis sahih, termasuk hadis Bukhari dan Muslim (kisah seorg yg kena cirit birit).
Cuma, kelihatan dalam lafaz hadis di atas beberapa ciri kepalsuan seperti didoakan oleh 70 Nabi. Wallahu A'lam.

Kerana ia hampir sama dengan satu hadis PALSU lain, iaitu: "Kamu hendaklah memakan adas, kerana ia diberkati, boleh melembutkan hati, dan didoakan keberkatan oleh 70 Nabi".
lihat: al-Maudhuaat 2/294, Al-Laali Suyuti 2/179.

(hadis dengan lafaz dalam soalan di atas, sangat masyhur di kalangan syiah dan banyak disebut dalam buku2 dan laman web mereka. Kerana dikatakan ia riwayat Ali r.a., ataupun ia adalah kata2 Ali).

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah
madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan
menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Hadis ini tidak terdapat dalam kitab2 hadis utama.
Di dalam Kasyful Khafa' 2/319, disebut hadis ini daripada Aisyah r.a., diriwayatkan oleh Dailami.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin
memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".

Hadis ini juga tiada dalam kitab2 hadis utama.
Di dalam kitab Jamik imam suyuty (no: 45523), beliau membawa hadis ni, katanya: riwayat Dailami.

Yussamir Yusof

Vice president 1,
Usrah Institution (IU),
Multimedia University,
Cyberjaya Campus.

Tiada ulasan: